Friday 9 May 2014

Lemah Kawalan Kencing atau Incontinence

Tahukah anda?
Dianggarkan  1 daripada 4 wanita yang berumur 35 tahun ke atas mengalami masalah lemah kawalan kencing atau incontinence?

Puncanya?
Antaranya
- kecederaan pada saraf ketika bersalin
- berat badan berlebihan
- kafein 
- diet
- jangkitan

Cara rawatan dan menangani 
- Senaman otot pelvik - read more
- Ubat-ubatan
- Pembedahan
- Latihan Pundi Kencing

Selain itu, kami mencadangkan penggunaan PELAPIK TILAM KALIS AIR untuk mengurangkan stress mengurus masalah Lemah Kawalan Pundi Kencing.

Pelapik/ cadar kami mempunyai lapisan kalis air yang mengelakkan basahan terkena pada tilam.
Selain memudahkan pengurusan- angkat dan basuh seperti biasa, pelapik/cadar kalis air ini juga membantu memanjangkan jangka hayat tilam anda.

Untuk sebarang pertanyaan
Hubungi SMS/Whatsapp/Telegram : 019 6564521 Era Endut
atau PM kami di FB



Thursday 8 May 2014

Pelapik Tilam Kalis Air

Admin teringat gadis muda yang pm admin di page FB. Kalau tengok pada gambar, macam muda sangat lagi. Rupanya bukan macam, tapi memang. Dia beli untuk orang tuanya yang sudah terlantar. 

Selama ni dia tak tahu ada produk selesa sebegini. Jadi dia letak plastik selain getah lapik bayi di bawah cadar orang tua. tapi getah lapik tu kecik sangat, tak sesuai untuk orang tua. Plastik pulak bising, nak tido pun tak selesa. Kesian kan?

Pelapik tilam kalis air Aula Shield ni bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak yang dalam proses bercerai lampin, tapi cukup sesuai untuk orang tua, orang sakit, orang tiada upaya.

Mudah alih, cucian mesin, mudah kering, ringan dan yang pastinya pada harga mampu milik.

Polyknitted Fitted Bedsheet

Saiz : Single, Super Single, Queen, King
Harga : bermula RM59 untuk single plain blue


Untuk sebarang pertanyaan, hubungi :
PM/Whatsapp/ Telegram : 019 6564521- Era Endut
FB : Kapasutera di FB

Hari Hari pun Hari Ibu.

*Terbaca ini di laman muka buku*

IBU ...


Ya Allah, 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka...

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu
di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin...

Hari hari hari Ibu..
Terutama untuk 
Maa tercinta Puan Rokiah - terima kasih untuk setiap titis susu dan keringatmu
Mak tersayang Puan Rahimah - terima kasih kerana melahirkan suami untukku 


CADAR CANTIK, TILAM TETAP SELAMAT

Agak-agak laa, kalau dok rumah "atas langit".. tingkat 20-30, kalau anak-anak basahkan (senang kata: kencing malam)..mana agaknya nak jemur tilam tu?

Tak payah cerita rumah atas langit laa... rumah atas tanah pun tak de laratnya nak angkat tilam 8 inci tu bawak ke laman, dahla besar banyak peta berat plak tu

Jadi, penyelesaian?

Sembur Febreeze??
Hukum? Bersih ke tilam kita? Betul-betul kering ke?

Terbalikkan tilam?
Sekali lagi? Bersih ke tilam kita? Kering ke?
Bau? 

Haaa..meh nak bagi cadangan!

Polyknit Fitted Bedsheet

  Kenapa?

1) Kalis air
2) Nipis - senang cuci, senang kering
3) Pelbagai saiz - single, super single, queen, king
4) Material yang selesa
5) Harga sangat mampu milik -bermula dari harga RM59

Ini yang plain
Yang printed pun ada

Material yang digunakan

Kekurangan??
Yang plain, warna biru tu jer la
Yang printed pun, rupe itu je la yang ada.. 


Soalan: Saya allergik dengan warna biru, tapi anak saya hobinya basahkan tilam. Saya PENAAAAAAAAAAT!


Jawapan : Apa susah! Lapik tilam dengan cadar polyknit ni, lepas tu pasang la cadar cantik tuan-puan... kalau dibasahkan jugak, tanggal je cadar tu, masuk mesin... yang penting tilam tu selamat. lainla kalau mesin basuh rumah puan boleh muat masuk tilam.

Pelapik? Tuan puan boleh angkut sekali masuk mesin basuh, atau pun lap dengan kain basah. tunggu bagi kering kejap.. lepas tu pasang cadar cantik lain pulak.. senang kan?


Ada banyak lagi pertanyaan? 
Jangan segan-segan
Hubungi kami : 
PM/Whatsapp/ Telegram/ SMS
019 6564521  Era Endut




Tentang Losyen Transformasi VENE

Info Lengkap Tentang VENE


Vene Losyen Transformasi  ialah losyen pelangsing badan yang  mengandungi pati rumpai laut yang diimport khas dari Belgium.  Ia dirumus khas dengan bahan-bahan terpilih untuk merangsang proses lipolisis iaitu proses pemecahan sel-sel lemak dan selulit. Sesuai digunakan untuk lelaki dan wanita. 

Penggunaan yang konsisten membantu : • memecahkan lemak • mengurangkan ukurlilit (mengurangkan buncit dan saiz lengan / paha / punggung)       • menghilangkan selulit • menurunkan berat badan • melangsingkan • menegang dan melembutkan kulit • menyingkirkan lebihan angin drp badan • mengurangkan sakit senggugut, sakit sendi

Ciri-ciri Vene Slimming Lotion: • kesan serta merta • tidak berbau serai, halia, minyak angin • bebas paraben • tidak melekit • rasa hangat yang selesa & berpanjangan • boleh diguna bila-bila masa • mudah digunakan
• menggunakan bahan yang halal •diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Fakta Saintifik
Pheoslim ialah pati berair yang diekstrak daripada rumpai laut Phyllacantha Fibrosa.Pheoslim mempunyai dua fungsi dalam pengurangan lemak badan iaitu:
i)      menghalang pembentukan adipocytes; dan
ii)     merangsang proses lipolisis.

*adipocytes adalah sel-sel lemak.
*adipose tissue adalah kumpulan adipocytes yang berfungsi untuk menyimpan tenaga dalam bentuk lemak.
*lipolisis adalah proses pemecahan lemak(lipid droplet) yang terkandung dalamadipocytes

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...